Jumaat, 8 Mac 2013

..Apabila Kebosanan Mencuit..



Assalamualaikum...

Selamat Petang...

Salam 1MALAYSIA untuk kamu kamu.. :)



Pada petang ini, saya nak kongsi sedikit cerita saya berdasarkan tajuk di atas.. (skema pula).. hehe

Hari ini adalah hari yang sangat membosankan saya... Hhhuuuuuu 
Atas sebab papa bagi perintah bekurung untuk saya, ini semua disebabkan mundu-mundu tu la.. (hey,mundu-mundu)

Sebelum perintah bekurung saya papa bagi tahu :-

# saya sibuk kemas barang-barang untuk bawa ke kelas pada keesokkan hari
#saya sedia hantar mesej dengan kereta sewa yang saya akan pegi kelas pada 8pagi
#saya sedia gosok baju kurung untuk guna keesokkan hari
#saya plan akan tidur awal supaya dapat bangun awal untuk sediakan bekal
#saya plan mau buat kuih pau untuk makan sama-sama dengan cikgu dan kawan-kawan

Setelah semuanya siap, saya dengan semangatnya minta keizinan dari orang tua untuk keluar rumah..
TAPI.......
Papa tidak benarkan saya keluar rumah pula (tidak da nasib labu).. Papa kata saya kena duduk rumah sehingga ahad.. Isnin baru boleh keluar rumah.. Nasib la isnin ada kelas, kalau tidak ada kelas mungkin masih dalam perintah bekurung.. hehehe

Lalu, saya terus masuk bilik (merajuk kunun).. hahaha  Tapi bila saya fikirkan balik, mungkin ada hikmahnya papa bagi perintah bekurung untuk saya... So, saya tidak jadi la merajuk.. :P

Pa tidaknya saya dari kemarin besemangat sangat nak pegi kelas dengan kawan-kawan dan cikgu walaupun minggu nie kami masih diberi cuti.. :) Siap bejanji-janji lagi kunun.. haha 
Bukan apa, saya dan kawan-kawan cuma tidak mau banyak keja tertunggak dan tidak siap.. hehe seminggukan cuti...
Baik hati betul itu IBU PEJABAT bagi kami cuti sehingga keadaan dijangka selamat dari mundu-mundu... 

Sebaliknya, saya hanya mampu senyum kambing sebab tidak dapat keluar rumah untuk join dengan kawan-kawan pegi kelas... :(

Saya cemburu dengan kawan-kawan kerana mereka dibenarkan pegi kelas.. Yang saya, hanya duduk rumah jadi penunggu adik-adik balik sekolah.. :(
(sangat hampa) 

Tidak apa la, itu semua demi kebaikkan saya juga.. Apa pown, terima kasih banyak-banyak buat papa ku sayang dan mam ku sayang kerana tidak putus-putus ambil berat pada anak-anaknya.. :) hehe

Sekian sampai nie saja yang nak saya kongsi dengan kamu kamu semua... :)
Sehingga berjumpa lagi di lain blog saya.. 
Terima kasih atas kesudian kamu kamu semua untuk baca blog saya.. ;)



"...Salam Ukhwah..."



Rabu, 6 Mac 2013

Saat Yang Dinanti-Nantikan Tahun Ini.. :)

ASSALAMUALAIKUM ..

SALAM SEJAHTERA KEPADA PEMBACA BLOG INI...

DAN

SALAM 1MALAYSIA...


Berdasarkan tajuk di atas ia bukannya satu cerita jiwang yang nak saya kongsi dengan anda semua.. :) hehehe Jangan tengok pada tajuk ya.. tengok pada isi cerita.. :) hehehe
Cerita yang saya nak kongsi dengan anda ialah mengenai adik baru saya yang akan lahir pada tahun ini.. (Hore.. !)
Baik la, saya akan kongsikan cerita saya pada anda semua.. :)
Sebelum anda semua baca lebih lanjut haruslah dimulakan dengan Bismillahirohmanirohim..  Alhamdulillah.. :)

Pada awalnya saya dan keluarga sangat menginginkan adik kecil sebelum ini, terutamanya Ummi dan Abah yang mahukan anak perempuan lagi.. Sekian 11 tahun kami menantikan adik baru, tahun ini (2013) yang merupakan tahun ke-12 kami menanti adik baru sudah terjawab. (Alhamdulillah)

Walaupun Ummi saya sudah berumur 38 tahun dan Abah saya pula berumur 42 tahun, ianya bukan penghalang untuk kami sekeluarga mendapat adik baru.. :) 
 Atas rezeki dan doa kedua orang tua saya kami sekeluarga telah mendapat adik baru tahun ini.. (HORE..!) hehehe

Satu berita yang sangat-sangat menggembirakan kami sekeluarga lagi iaitu kami akan mendapat adik perempuan.. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ummi dan Abah memiliki dua orang anak perempuan juga sekian beberapa tahun menantinya..

Oleh itu, jarak umur adik bongsu saya begitu jauh dengan adik baru saya.. hehe nampaknya adik bongsu da boleh tolong jaga adik baru.. (Tara.. !) :D

Dan saya, apa lagi la sangat gembira hingga tidak terkata sebab akan memiliki adik perempuan.. hehehe Walaupun tidak memiliki kakak itu tidak mengapa.. Bagi saya adik perempuan pun sudah cukup untuk saya. Adik saya lah yang akan menggantikan tanggungjawab saya untuk menolong Ummi apabila saya sudah berumah tangga.. (insyaALLAH).. :)

Ini kerana, sebelum ini hanya saya seorang saja anak perempuan Ummi dan Abah.. Saya saja la yang tolong Ummi buat kerja di rumah. Apabila saya tidak berada di rumah abang-abang yang akan menggantikan saya untuk tolong Ummi.. :) Sangat terseksa juga la sebab jadi mangsa buli abang dan adik.. Ala, maklum la budak lelakikan suka buli budak perempuan.. hehehe

Hari demi hari, hanya tiga bulan saja lagi untuk menanti adik baru.. (Hore.. !) Perasaan tidak sabar sentiasa ada dalam hati.. hehe
Apa tidaknya, segala kelengkapan adik baru sudah lengkap, hanya menanti kehadiran adik baru lagi.. hehe :)


Saya dan abang saya telah memilih dan sekaligus menyediakan satu nama buat adik baru kami mengikut persetujuan Ummi dan Abah..hehe
Nama untuk adik baru kami ialah "Ummu Khairiesya Nuwadah"... Cantik dan panjang nama dia, tidak seperti nama saya.. hehehe

Oleh itu, bilangan ahli keluarga kami tahun ini akan bertambah menjadi sembilan orang, yang terdiri daripada Ummi, Abah, dua orang abang dan tiga orang adik dan saya.. hehe
InsyaALLAH, jika Ummi dan kami sekeluarga diberikan rezeki lagi untuk mendapat adik baru genap la ahli keluarga kami seramai sepuluh orang.. hehehe
Baik la, hanya setakat ini saja cerita yang dapat saya kongsi untuk anda semua.. Selebihnya nanti saya kongsi di lain waktu.. (InsyaALLAH)... :) 
Terima Kasih untuk anda semua kerana sudi baca cerita saya yang pendik dan ringkas ini.. hehehe

Salam Ukhwah... :)



  By Hand :-

Syamizah S     ^_*