Rabu, 6 Mac 2013

Saat Yang Dinanti-Nantikan Tahun Ini.. :)

ASSALAMUALAIKUM ..

SALAM SEJAHTERA KEPADA PEMBACA BLOG INI...

DAN

SALAM 1MALAYSIA...


Berdasarkan tajuk di atas ia bukannya satu cerita jiwang yang nak saya kongsi dengan anda semua.. :) hehehe Jangan tengok pada tajuk ya.. tengok pada isi cerita.. :) hehehe
Cerita yang saya nak kongsi dengan anda ialah mengenai adik baru saya yang akan lahir pada tahun ini.. (Hore.. !)
Baik la, saya akan kongsikan cerita saya pada anda semua.. :)
Sebelum anda semua baca lebih lanjut haruslah dimulakan dengan Bismillahirohmanirohim..  Alhamdulillah.. :)

Pada awalnya saya dan keluarga sangat menginginkan adik kecil sebelum ini, terutamanya Ummi dan Abah yang mahukan anak perempuan lagi.. Sekian 11 tahun kami menantikan adik baru, tahun ini (2013) yang merupakan tahun ke-12 kami menanti adik baru sudah terjawab. (Alhamdulillah)

Walaupun Ummi saya sudah berumur 38 tahun dan Abah saya pula berumur 42 tahun, ianya bukan penghalang untuk kami sekeluarga mendapat adik baru.. :) 
 Atas rezeki dan doa kedua orang tua saya kami sekeluarga telah mendapat adik baru tahun ini.. (HORE..!) hehehe

Satu berita yang sangat-sangat menggembirakan kami sekeluarga lagi iaitu kami akan mendapat adik perempuan.. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ummi dan Abah memiliki dua orang anak perempuan juga sekian beberapa tahun menantinya..

Oleh itu, jarak umur adik bongsu saya begitu jauh dengan adik baru saya.. hehe nampaknya adik bongsu da boleh tolong jaga adik baru.. (Tara.. !) :D

Dan saya, apa lagi la sangat gembira hingga tidak terkata sebab akan memiliki adik perempuan.. hehehe Walaupun tidak memiliki kakak itu tidak mengapa.. Bagi saya adik perempuan pun sudah cukup untuk saya. Adik saya lah yang akan menggantikan tanggungjawab saya untuk menolong Ummi apabila saya sudah berumah tangga.. (insyaALLAH).. :)

Ini kerana, sebelum ini hanya saya seorang saja anak perempuan Ummi dan Abah.. Saya saja la yang tolong Ummi buat kerja di rumah. Apabila saya tidak berada di rumah abang-abang yang akan menggantikan saya untuk tolong Ummi.. :) Sangat terseksa juga la sebab jadi mangsa buli abang dan adik.. Ala, maklum la budak lelakikan suka buli budak perempuan.. hehehe

Hari demi hari, hanya tiga bulan saja lagi untuk menanti adik baru.. (Hore.. !) Perasaan tidak sabar sentiasa ada dalam hati.. hehe
Apa tidaknya, segala kelengkapan adik baru sudah lengkap, hanya menanti kehadiran adik baru lagi.. hehe :)


Saya dan abang saya telah memilih dan sekaligus menyediakan satu nama buat adik baru kami mengikut persetujuan Ummi dan Abah..hehe
Nama untuk adik baru kami ialah "Ummu Khairiesya Nuwadah"... Cantik dan panjang nama dia, tidak seperti nama saya.. hehehe

Oleh itu, bilangan ahli keluarga kami tahun ini akan bertambah menjadi sembilan orang, yang terdiri daripada Ummi, Abah, dua orang abang dan tiga orang adik dan saya.. hehe
InsyaALLAH, jika Ummi dan kami sekeluarga diberikan rezeki lagi untuk mendapat adik baru genap la ahli keluarga kami seramai sepuluh orang.. hehehe
Baik la, hanya setakat ini saja cerita yang dapat saya kongsi untuk anda semua.. Selebihnya nanti saya kongsi di lain waktu.. (InsyaALLAH)... :) 
Terima Kasih untuk anda semua kerana sudi baca cerita saya yang pendik dan ringkas ini.. hehehe

Salam Ukhwah... :)



  By Hand :-

Syamizah S     ^_*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan